16 February 2012,

Aku seorang jejaka biasa...


Aku melihat dunia dengan caraku tersendiri. Mungkin caraku tidak sebegitu hebat dimata manusia lain. Aku tidak pernah kisah sekiranya orang mengkritik cara pemikiran aku. Jika mereka mahu mengatakan aku kuno, tradisional, terlalu rock, moden atau apa saja pon. Bagi aku hidup aku, maka aku pilih cara aku selagi aku yakin benda itu sesuatu perbuatan yang tidak salah.

Sejujurnya ada kala aku bimbang dengan diriku. Cara pemikiran aku terhadap sesuatu isu seperti cinta, kehidupan, berbeza dengan kebanyakan kawan - kawan sejantinaku. Aku seolah - olah ketinggalan zaman. Jiwa ini pernah terdetik untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun, aku tak mampu menipu diriku. Aku tak mampu membiarkan diri aku hilang identitiku. Mungkin pengalaman hitam sejak awal usia remaja yang membuatkan aku berhati - hati dalam kehidupan.. Biarlah aku terus menjadi aku... Biarlah aku pelik & berbeza.. Asalkan aku bahagia menempuhi pengembaraan seorang jejaka selagi hayat dikandung badan.

Teman baikku ialah muzik. Walaupon aku tidak memiliki bakat untuk memainkan alat muzik. sekurang - kurangnya aku mengerti asas membaca note muzik. Bagi aku, muzik merupakan satu nikmat kurniaan Tuhan untuk memberi ketenangan jiwa selain melakukan ibadat. Menggunakan anugerah ini dengan sebaiknya menjadi satu keperluan aku sebagai manusia.

Aku sedar, aku mempunyai banyak kelemahan.
Aku tahu, aku seorang yang tidak memiliki kelebihan.
Aku tahu aku kelihatan lemah kerana meminta maaf tanpa mengira jantina.
Sesungguhnya, aku tidak gentar atau malu kerana aku sedar bahawa aku seorang manusia.

Dan ini suaraku....

0 comments:

Welcome

Pemilik diari tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan jiwa, emosi & ideologi terhadap pembaca sekiranya membaca diari ini. "HARAP MAKLUM"