21 February 2012
Adakah aku mengambil keputusan betul? Susah untuk aku tak memikirkan hal ini. Sejujurnya aku takut, risau & cuak. Aku sebenarnya sudah kecewa dengan perjalanan hidupku. Inilah balasan untuk aku kera selalu kalah dengan Masalah. Walaupon itu adalah aku yang dulu, ia tetap telah mempengaruhi situasi hidupku kini.
Aku kehilangan beribu peluang untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang sains. Aku gagal.. aku gagal menjadi apa yang aku harapkan. Kini pilihan hidupku semakin sempit.. Aku rasa sesak... Pilihan aku sangat sempit..
Sekarang aku berada di persimpangan dua bidang yang berlainan.... Aku sudah memasuki bidang pertama dengan harapan aku bakal berjaya.. Rupanya, aku hanya membuang masa. Aku dalam dilema untuk memilih jalan kedua pula...
Sejujurnya jalan kedua juga merupakan jalan yang baik. Aku bersyukur kerana dianugerahi jalan itu sedangkan beribu manusia berjuang untuk memilikinya dan gagal.. Namun, aku takut pisang akan berbuah dua kali...
Tetapi aku yakin! Aku boleh! aku target untuk menjejakkan kaki ke negara bersalji! Aku takkan biarkan hidup aku dikerumuni oleh kabus kekecewaan selamanya. Aku perlu berusaha untuk keluar! Gagahkan diri untuk berjuang mencari cahaya! Cahaya yang menunjuk arah impian... Cahaya yang akan membawa kebahagiaan..
Aku seorang jejaka, aku perlu tabah mengharungi segala ujian. Aku perlu gigih mengejar impian. Aku bakal pengemudi sebuah bahtera. Aku pemimpin yang akan memikul seribu tanggungjawab! Berusahalah! Sekali jatuh tak bermaksud akan tetap jatuh! InsyaAllah... Allah maha adil... jika aku berusaha bersungguh - sungguh, aku akan berjaya...
Aku rasa inilah keputusan yang betul... Aku harap segalanya akan berakhir seperti yang dirancang...
20 February 2012
Malunya aku... Memang tak pernahku sangka malu rupanya untuk lafazkan perkataan sayang kepada abah apabila dah besar panjang. Aku masih ingat lagi ketika kecil. Teramat mudah untuk aku sebut perkataan sayang kepada abah. "Selamat hari lahir abah! Angah sayang abah dunia akhirat!" aku harap aku boleh memberi secubit kebahagiaan kepada abah kerana dia telah banyak berkorban untuk aku.
Aku kesian & sedih melihat abah yang sentiasa berusaha keras untuk memberi pendidikan kepadaku & adik - adik.. Sedangkan dia sudah hampir berumur 50 tahun. Tahun depan dah cukup. Tapi masih lagi membuat kerja - kerja berat.. (T^T) Aku ni main - main je dalam study. Kejamnya aku. Dah masuk U pon gedik - gedik nak tukar U lain. Tak kesian ke?!
Alhamdulillah, abah memahami. Dia mahukan aku mencapai impianku. aku sayang sangat abah.
Perjuangan abangku sudah berakhir untuk mendapatkan segulung ijazah bidang Bioteknologi.
Sekarang inilah masa aku pula untuk membalas jasa mereka. Aku mesti berjuang! Itu merupakan tujuan utama aku masih bertahan di bumi. Demi abah & mama.
Surat angah buat abah tercinta....
" Abah, terima kasih kerana selama ini abah sanggup berjemur panas semata - mata mencari sesuap nasi kepada kami. Terima kasih kerana abah garang gilerrrrr kat angah time kecil sampai form 5. Tanpa abah, pasti angah dah hancur. kenangan yang tak mungkin dilupakan ialah kena penampaq yang sangat kuat waktu form 3.. memang sangat sakit tetapi menyedarkan... Terima kasih kerana abah memberikan semangat untuk angah teruskan hidup selepas angah jatuh. Waktu - waktu angah putus asa dengan kehidupan, abah hadir sebagai cahaya yang memberikan jalan baru untuk angah mulakan kehidupan.. Abah memang memahami & berfikiran jauh.. Maaf jika selama ini angah banyak menyusahkan abah. Maaf selama ini angah degil & mengecewakan abah. Maaf kerana angah sentiasa gagal untuk mengikuti jejak Along... Angah menghampakan abah.. Tetapi angah bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak abah. Maafkan angah dengan kata - kata yang menyakitkan hati abah. Sesungguhnya, angah manusia yang tak sempurna & pasti ada kelemahannya. Ingatlah abah, sesungguhnya sejauh planet marikh pon angah pergi, sesunyi angkasa di langit angah mendiamkan diri, Semasam cuka muka yang angah diberi, sering bercanggahan pendapat.. Angah sentiasa menyayangi Abah sampai angah mati.... Sayang Angah terhadap kedua ibu bapa melebihi apa - apa pon yang ada di muka bumi ini... Angah harap suatu hari nanti, angah diberikan kesempatan & kemampuan oleh Allah untuk membalas jasa Abah yang tak ternilai.. Selamat Hari Lahir yang ke - 49. Semoga Allah akan sentiasa melindungi & merahmati abah...."
Aku nak sangat lafazkan ini kepada abah tetapi aku tak mampu. Mulut terkunci. Malu meninggi..
Mungkin buat bentuk surat? Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! Malu siot!!!!!!
.............................................................................................
Macam na la aku nak buat ni... (T^T) Grrrrrrrrrrrr buat bodo je lah.. buat muka selamba je la..
16 February 2012,
Aku seorang jejaka biasa...
Aku melihat dunia dengan caraku tersendiri. Mungkin caraku tidak sebegitu hebat dimata manusia lain. Aku tidak pernah kisah sekiranya orang mengkritik cara pemikiran aku. Jika mereka mahu mengatakan aku kuno, tradisional, terlalu rock, moden atau apa saja pon. Bagi aku hidup aku, maka aku pilih cara aku selagi aku yakin benda itu sesuatu perbuatan yang tidak salah.
Sejujurnya ada kala aku bimbang dengan diriku. Cara pemikiran aku terhadap sesuatu isu seperti cinta, kehidupan, berbeza dengan kebanyakan kawan - kawan sejantinaku. Aku seolah - olah ketinggalan zaman. Jiwa ini pernah terdetik untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun, aku tak mampu menipu diriku. Aku tak mampu membiarkan diri aku hilang identitiku. Mungkin pengalaman hitam sejak awal usia remaja yang membuatkan aku berhati - hati dalam kehidupan.. Biarlah aku terus menjadi aku... Biarlah aku pelik & berbeza.. Asalkan aku bahagia menempuhi pengembaraan seorang jejaka selagi hayat dikandung badan.
Teman baikku ialah muzik. Walaupon aku tidak memiliki bakat untuk memainkan alat muzik. sekurang - kurangnya aku mengerti asas membaca note muzik. Bagi aku, muzik merupakan satu nikmat kurniaan Tuhan untuk memberi ketenangan jiwa selain melakukan ibadat. Menggunakan anugerah ini dengan sebaiknya menjadi satu keperluan aku sebagai manusia.
Aku sedar, aku mempunyai banyak kelemahan.
Aku tahu, aku seorang yang tidak memiliki kelebihan.
Aku tahu aku kelihatan lemah kerana meminta maaf tanpa mengira jantina.
Sesungguhnya, aku tidak gentar atau malu kerana aku sedar bahawa aku seorang manusia.
Dan ini suaraku....



